ISA: Pengalaman, Analisa dan Cabaran Masa Depan
(pls fwd to all your mailing list)
ForumOrgMuda: ISA - Pengalaman, Analisa dan Cabaran Masa Depan
Ahli Panel:
1. Hishamuddin Rais
2. Tian Chua
3. Saari Sungib
4. Badrul Amin
5. Ezam Mohd Noor (sedang diusahakan)
Tahanan Politik Reformasi sudah pun dibebaskan. Suatu perjuangan
panjang selama 2 tahun yang akhirnya membuahkan hasil kepada pembebasan
ke enam-enam mereka. Namun masih beratus lagi tahanan ISA yang tidak
terbela. Beratus lagi mendekam di dalam kem tahanan Kamunting tanpa
sebarang perbicaraan. Akta ISA itu sendiri masih lagi belum dimansuhkan.
Apakan pengalaman mereka di sepanjang penahanan mereka? Apakah Analisa
mereka tentang pembebasan mereka? Apakah cabaran masa depan buat kita
semua?
Untuk menceritakan pengalaman, mengungkapkan analisa dan menduga
cabaran masa depan, maka suatu Forum Diskusi bersama bekas tahanan ISA
akan diadakan pada:
Tarikh: 23 Jun 2003 - Hari ISNIN
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina (Selangor Chinese Assembly Hall) di
alamat No 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila telefon Koy di nombor
talian 019-304 8524 atau Jonson di nombor talian 012-2961276.
Datanglah beramai-ramai dan ajak kawan-kawan yang lain untuk ikut serta
di dalam Forum Diskusi ini !
Satu Program Anjuran:
ForumOrgMuda